Little ‘Abd Kindergarten

"Where Learning Begins from the Heart"

Sebuah permulaan kecil untuk jiwa yang besar.
Di Little ‘Abd, kami bukan sekadar mengajar. Kami membentuk hati. Pendidikan kami berasaskan tauhid, berpandukan Al-Quran, dan disusun mengikut tema yang bersepadu dan selaras dengan KSPK.


Setiap langkah anak-anak adalah perjalanan menuju fitrah keimanan, dipimpin dengan kasih sayang dan bimbingan yang tulus dari pendidik berjiwa rabbani.

🟢 Modul bertemakan nilai Islam dan keperluan semasa anak-anak
🟤 Gabungan pembelajaran hati, akal, dan sahsiah
🟢 Suasana selamat dan menyeronokkan berteraskan cinta Ilahi

Little ‘Abd adalah tempat terbaik untuk anak anda membesar dengan iman, ilmu dan kasih sayang.

🌱 Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Little ‘Abd?

Ramai ibu bapa datang kepada kami dengan rasa risau dan tidak tahu bagaimana mahu mendidik anak dari sudut iman, akhlak dan kecerdasan menyeluruh. Antara cabaran utama mereka:

🔴 Tidak tahu bagaimana mendidik iman anak
🔴 Tidak tahu cara membangunkan fitrah keimanan
🔴 Tidak tahu kaedah memperkenalkan ayat-ayat Al-Quran kepada anak secara bermakna
🔴 Buntu nak latih anak berfikir dengan acuan Islam dan Al-Quran
🔴 Tidak tahu cara seimbang untuk bangunkan kecerdasan hati, intelek, sosio-emosi, akhlak, fizikal, kejiwaan dan daya juang

Apakah Penekanan Yang Diberikan Oleh Little 'Abd?

Di saat ramai ibu bapa tercari-cari tadika terbaik untuk membina asas anak yang kukuh dari segi iman, sahsiah dan ilmu, kami di Little ‘Abd tampil berbeza dengan pendekatan yang menyeluruh dan berpaksikan Al-Quran.

Membina Tauhid Dalam Diri Anak Seawal Usia
Pembelajaran Bermula Dari Hati
Menggunakan Surah Al Fatihah Sebagai Kerangka Kurikulum
Pembelajaran Bersumber Dari Ayat Al Quran
Memperkenalkan Method Awal Belajar Mengenal Allah
Guru-guru Little 'Abd Dilatih 2 kali Seminggu

Program Harian & Kurikulum di Little ‘Abd

Di Little ‘Abd, kami tidak hanya mendidik anak anda untuk cemerlang di sekolah, tetapi untuk kuat jiwanya, halus hatinya, dan seimbang hidupnya.

Apa Kata Parent Little 'Abd